The Baddest Female
Ssup GIZIBE(s) . Ira for short. Others call me SOOYOUNG because I'm so wild and young. It's not music if you don't have a SWAG.
Sing-A-Song
Memories My Husband
Annyeong VIP(s) . Jiyong for short. I call him Jiyong oppa dan he call me VIP ;)
REQUEST TUTORIAL ONLY
Credits Template by : Farah Dini Basecodes by : Nurul AtiQah Edited by : Syakirah Aliya Others: ♥♥♥ ♦---------------------------------------♦ Copyright© by Farah Dini 2012 ♦---------------------------------------♦
| [Fanfic] The Unique Love - Part 4
Choi Seunghyun
Bae Suzy
Song Jihyo
Sandara Park
Kim Hyuna
Park Jiyeon
Kiko Mizuhara
Shim Changmin
Kang Gary
Lee Donghae
"Apa yang dah jadi ni?! Aku ni gila ke?! Kenapa hati aku berdebar2 sangat? Takkanlah.." kata Suzy dan mula menggeleng2kan kepalanya. "Aku ni dah gila. Aku dah gila!" kata Suzy dan menggeleng2kan kepalanya lagi. "Suzy! Kau buat apa tu?! Menjampi ke?!" tanya Jihyo apabila dia terserempak dengan Suzy. "Eh? Takdelah! Takde ape.." kata Suzy. "Jom pergi rumah Dara! Dia dah tunggu dah kot!" kata Suzy. "Hai korang! Dah lama tunggu?" kata Dara sebaik sahaja dia ternampak kelibat Suzy dan Jihyo. "Eh, takdelah. Tak lama pon. Jomlah! Nanti lambat pulak" kata Jihyo. Mereka bertiga masuk ke kelas dan menuju ke tempat masing-masing. "Changmin tak datang ke hari ni?" tanya Dara. 'Aish kenapa la Dara ni nak sebut pasal Changmin pulakk!' kata Suzy didalam hati. "Dia demam ke?" tanya Jihyo. "Ntah, semalam ok je." kata Dara. "Suzy, apasal kau senyap je ni?" tanya Jihyo. "Hah? Takde apelah. Aku nak pergi tandas sekejap." kata Suzy. Suzy bangun lalu keluar dari kelas. Jihyo dan Dara saling berpandangan dan mengangkat bahu. 'Macam takde topik lain je!' marah Suzy lalu masuk ke tandas. Suzy membasuh mukanya dan teringat apa yang terjadi di rumahnya tadi. 'Eiiii! Kalau aku bergerak 3 inci setengah je lagi, mesti aku dah..' ayat Suzy tergantung. Suzy ternganga dan menggeleng2kan kepalanya. 'Aish tak guna! Kenapalah aku bawak dia balik rumah aku! Aish!' kata Suzy dan mengeringkan mukanya menggunakan tisu. Suzy keluar dari tandas dan balik kelas. Dalam perjalanan ke kelas, Suzy terserempak dengan lelaki yang hampir diciumnya pagi tadi. Awkward. "Oh.. Hai." kata Suzy dan berlari masuk ke kelas. "Oh Suzy! Kenapa kau lari2 ni? Ada hantu kejar ke?" kata Dara apabila melihat SUzy berlari seperti kilat. "Hah? Tak ada lah." kata Suzy. "Hah! Tu dia Changmin dah sampai! Hero kita!" kata Jihyo sambil tersenyum. Changmin tersenyum mendengar kata-kata Jihyo lalu menuju ke tempat duduknya. Suzy senyap dan dia cuma menundukkan kepalanya. "Lah.. Kenapa dua orang ni senyap je? Ada buat secret relationship ke ni?" kata Dara lalu ketawa. "Mana adalah! Dah lah cikgu dah masuk!" kata Suzy. "Eh, tu Seunghyun kan?" kata Dara. Suzy dan Jihyo memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Dara. "Eh, apa yang dia buat tu?!" kata Jihyo. Dia berhenti mengunyah dan berdiri. Suzy juga turut berdiri dan melihat apa yang terjadi. "Kenapa dia buat.. Oh tidak." kata Suzy dan berlari kearah Seunghyun. Dara dan Jihyo mengekorinya. Mereka bertiga menghampiri tempat yang dikerumuni oleh ramai orang itu. Kelihatan Seunghyun sedang menumbuk seorang lelaki. "Eh! Tu, Changmin! Kan?" jerit Jihyo. "A'ah lah Suzy! Kenapa Seunghyun tumbuk Changmin pulak nehh!!?" kata Dara. Suzy cuma ternganga melihat apa yang berlaku. "Kau jangan harap kau boleh dapat dia!" jerit Seunghyun. Changmin tersenyum jahat sambil berkata, "Aku tak berharap, tapi aku tahu aku boleh." kata Changmin. "Kau, Kurang ajar!" jerit Seunghyun lalu menumbuk Changmin lagi. Suzy tidak dapat bersabar lalu menuju kearah Seunghyun dan Changmin. "Hoi! Berhentilah! Kenapa kau tumbuk dia ni, Seunghyun!?" jerit Suzy sambil memandang tajam kearah Seunghyun. Seunghyun berhenti menumbuk Changmin dan berdiri. Seunghyun memandang kearah Suzy. Setelah lama masa berlalu, Seunghyun berlalu keluar dari kantin. "Changmin! Kau ok?" tanya Suzy dan menghampiri Changmin. "Kau ok tak ni?" tanya Suzy terkejut apabila melihat lebam-lebam dimuka Changmin. "Ah, aku ok." kata Changmin lalu cuba berdiri. Changmin cuba berjalan tetapi malangnya kakinya terseliuh. Suzy cepat2 memapah Changmin ke bilik kesihatan. "Aih, Suzy? Datang lagi hari ni?" tanya jururawat itu. "Hah? Eh.. Kali ni bukan saya punya pasal, kak. Ni kawan saya." kata Suzy. "Lah, kenapa lebam2 ni?" tanya jururawat itu. "Dia terjatuh tadi! Tu je!" kata Suy cuba meyakinkan jururawat itu. "Tapi teruk sangat ni.. Duduklah dulu. Akak ambekkan ubat." kata Jururawat itu. Kini tinggal mereka berdua. Awkward. "Err.. Changmin, kau.. Kenapa Seunghyun buat kau.. macam tu?" Suzy memulakan perbualan. "Entah dia." kata Changmin. Suzy cuma akur dengan jawapan Changmin. "Kau.." ayat Changmin tergantung. "Apa dia, Changmin?" tanya Suzy. "Takde ape lah." kata Changmin. Suzy mencebik. "Suzy kau tahu tak, sebenarnya kan," Changmin tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila ternampak jururawat itu meluru kearah mereka. Selesai mengubati Changmin, mereka berdua keluar dari bilik kesihatan. "Changmin, kau nak balik ke?" tanya Suzy. "Apa kau kisah." kata Changmin. 'Huh! Aku tanya elok2! Tak guna punya Changmin.' kata Suzy di dalam hati. "Hm, yelah. Kalau kau nak balik, terpulanglah. Aku balik kelas dulu." kata Suzy. Semasa Suzy hendak berjalan menuju ke kelas, Changmin memegang tangan Suzy. (Alamak Cassiopeia semua jangan marah! >.<') Suzy terkejut dengan perlakuan Changmin. "Changmin.. Apa.. Ni?' kata Suzy. "Hah, tak da apa. Aku nak cakap terima kasih je." kata Changmin lalu melepaskan tangan Suzy. "Oh, takde apelah. Bye Changmin." kata Suzy. "Eh! Lagi satu, Suzy!" kata Changmin. Suzy berpaling dan memandang kearah Changmin. "Apa dia, Changmin?" tanya Suzy. "Esok jom lepak2 kat ***** Mall nak, ajaklah Dara ngan Jihyo sekali." kata Changmin. Suzy tercengang. "Oh.. Boleh, kot. Nanti aku tanya diorang. Bye, Changmin!" kata Suzy dan berlari ke kelas. "Apasal kau lari2 ni, Suzy?" tanya Dara. "Hah takda apa. Tadi aku teman Changmin pergi bilik kesihatan." kata Suzy. "Cehhhh!! Teruk tak keadaan dia?" tanya Jihyo. "Hah? Takdelah teruk sangat. Eh korang, tadi Changmin ajak kita semua pergi ***** Mall esok. Nak pergi?" tanya Suzy. "Eh, bukan dia sakit ke?" kata Dara. "Entah, nanti kita cakaplah." kata Suzy. |