The Baddest Female
Ssup GIZIBE(s) . Ira for short. Others call me SOOYOUNG because I'm so wild and young. It's not music if you don't have a SWAG.
Sing-A-Song
Memories My Husband
Annyeong VIP(s) . Jiyong for short. I call him Jiyong oppa dan he call me VIP ;)
REQUEST TUTORIAL ONLY
Credits Template by : Farah Dini Basecodes by : Nurul AtiQah Edited by : Syakirah Aliya Others: ♥♥♥ ♦---------------------------------------♦ Copyright© by Farah Dini 2012 ♦---------------------------------------♦
| [Fanfic] Don't Hurt My Girl - Part 3
"Hoi, budak! Apa yang kau buat 10 jam dalam tandas tu?!" jerit Jonghyun sambil mengetuk pintu tandas bangai nak roboh. "Ah, oppa! Hayi.. Dah nak siap dah ni!" kata Hayi sambil mengelap air matanya dan bangun dari lantai tandas itu. Mujurlah dia telah membersihkan tandas sebelum dia menangis. Hayi membuka pintu bilik air itu. "Kau ni! Basuh tandas ke apa? Kau kalau nak duduk sini sangat, kau boleh amek barang2 kau pastu duduk sini!" kata Jonghyun. "Mi..Mianhe oppa." kata Hayi. "Maaf,maaf! Dah lah! Berambus kau! Aku nak guna tandas ni!" tengking Jonghyun. "N..Nae, oppa." kata Hayi lalu kerluar dari pintu tandas itu. Hayi naik ke biliknya lalu membersihkan badannya. "Ah!!!" jerit Jiyeon. Hayi yang berada di hadapannya itu terkejut melihat apa yang terjadi. Jonghyun yang terdengar bunyi bising itu terus berlari kearah mereka. "A.. Apa yang dah jadi ni?! Kenapa b.. Boleh jadi macam ni?!" jerit Jonghyun sambil melutut mengambil serpihan kaca pasu yang sudah berderai itu. "Oppa, oppa! Bu.. Bukan Jiyeon yang buat. Err, ni ha! Pompuan kotor ni yang buat! Oppa!" kata Jiyeon sambil menunding jari kearah Hayi. "K.. Kau pompuan!" jerit Jonghyun lalu bangun dan mengangkat tangannya untuk menampar Hayi. Tiba-tiba pintu rumah itu diketuk. Jonghyun menurunkan tangannya lalu menuju ke pintu. 'Apahal budak ni? Tadi dah datang, sekarang nak datang lagi. Semak betul ah!' kata Jonghyun dalam hati. Tetapi dia membuka juga pintu itu dan tersenyum melihat Jongup. "Hyung! Tadi aku ada ter... Eh Hayi!" kata Jongup lalu masuk kedalam rumah itu. Jonghyun dan Jiyeon terkejut melihat perilaku Jongup. "Hayi! A.. Apa dah jadi? Ke.. Kenapa awak nangis?" tanya Jongup apabila dia melihat mata Hayi merah menyala. "Ah.. Op..." sebelum Hayi sempat menghabiskan kata2nya, Jiyeon sudah memotong. "Alah, Jongup oppa! Hayi ni, dia yang jatuhkan pasu bunga ni! Pastu dia nak menangis pulak! Macam sakai je!" kata Jiyeon sambil menjeling kearah Hayi. Hayi cuma senyap. Melihat suasana dingin itu, Jongup tahu ada yang tak kena. "Ah, Hayi.. Jom." kata Jongup lalu menarik tangan Hayi. Jongup menuju ke meja yang dia dan Jonghyun melepak tadi dan mengambil telefonnya. Jongup membawa Hayi ke taman permainan. "O.. Oppa. Kenapa bawak Hayi kat sini?" tanya Hayi. "Hayi ceritalah, apa sebenarnya yang jadi tadi?" tanya Jongup pula. "Oppa, takde ape yang terjadilah. Hayi cuma.. Ter.. Terjatuhkan pasu bunga tu je." kata Hayi sambil tersenyum sumbing. "Hayi tak payah tipu, oppa tahu. Ada sesuatu yang tak kena kan?" tanya Jongup. "Takdelah la oppa. Dahlah, Hayi nak balik dulu." kata Hayi lalu bangun dari buaian. Tetapi sebelum sempat Hayi bangun dari buaian, Jongup sudah dulu memegang tangannya. Hayi terkejut dengan perilaku Jongup. "Op.. Oppa. Ke.. Kenapa?" tanya Hayi. Jongup tidak menjawab soalan Hayi tetapi terus memeluk Hayi. Hayi terkaku. "Oppa.. Ke.. k.. Kenapa? Oppa.." kata Hayi cuba melepaskan diri dari Jongup. Tetapi Jongup tidak melepaskannya. Melihatkan Hayi memang hendak dilepaskan, Jongup melepaskannya. Hayi melihat kearah Jongup. "Oppa, k.. Kenapa oppa bu.." Ayat Hayi dipotong sekali lagi, "Ah, Hayi, oppa balik dulu, Jumpa kat sekolah esok! Oppa belanja dengan kawan2 Hayi sekali. By the way, be strong!" kata Jongup lalu melambai Hayi dan meninggalkannya. Selepas Jongup meninggalkan Hayi, Hayi tersenyum. "Oppa.. Gomawo." kata Hayi lalu meninggalkan taman permainan itu. Keesokan harinya.... "Vitamin!" jerit Nichkhun. Victoria terkejut dengan panggilan itu memandang belakang. "Hei Khun! Berani kau panggil aku Vitamin ekh. Sama je macam Hayi!" kata Victoria sambil mencebikkan bibir. Nichkhun hanya ketawa. "Apa2pun, mana kembar tak seiras kau tu? Selalunya berkepit je sama2!" tanya Nichkhun. "Aku tengah spy dialah ni! Apahal dia senyum sorang2 tu eh? Kat kantin pulak tu. Selalunya masuk kelas dulu. "Hoi korang!" sergah Dongmin. "Omak kau!" latah Nichkhun. Dongmin dan Victoria ketawa bersama2. "Apa masalah kau ni! Buat terkejut orang je." kata Nichkhun. "Hahaha, korang tengok apa tu? Misteri betul." kata Dongmin lalu mengikut operasi 'Spy Hayi' hari itu. "Kringgggggggggggggggggggggggggg!" "Eh, jomlah! Dah masuk kelas! Panggillah si Hayi tu! Dok berangan lagi!" kata Dongmin lalu mengajak Nichkhun kembali kekelas. "Ish! Teruk betullah Hayi ni." kata Victoria lalu berlalu kearah Hayi. "Hayi!" jerit Victoria! "Opocot! Eh, kau ni Vitamin!" kata Hayi lalu mengetuk kepala Victoria. "Hahaha, jomlah! Dah masuk kelas." kata Victoria. "Ah, yeke?" kata Hayi sambil ketawa. Dalam perjalanan mereka ke kelas, Victoria dan Hayi terserempak dengan Jongup. Victoria hanya buat selamba. "Anyeong, sunbaenim." kata Hayi sambil menundukkan kepalanya sedikit. Jongup terkejut tetapi dia tahu dia perlu kekal tenang. Jongup hanya tersenyum dan berlalu pergi. " Buang tebiat ke tegur senior?" tanya Victoria. |