Shoutbox






KwonJiYong's
Syakirah's Story

The Baddest Female
Instagram

Ssup GIZIBE(s) . Ira for short. Others call me SOOYOUNG because I'm so wild and young. It's not music if you don't have a SWAG.
Sing-A-Song






Memories

My Husband


Annyeong VIP(s) . Jiyong for short. I call him Jiyong oppa dan he call me VIP ;)
REQUEST TUTORIAL ONLY


Credits


Template by : Farah Dini
Basecodes by : Nurul AtiQah
Edited by : Syakirah Aliya
Others:

--------------------------------------- Copyright© by Farah Dini 2012
---------------------------------------
[FANFIC] Don't Hurt My Girl - Part 1






























13 tahun yang lalu...




"Awak memang ada perempuan lain! Keluar lah awak dari rumah ni!" jerit seorang wanita.

"Awak ada bukti ke yang saya ada perempuan lain?! Ada ke?!" jerit seorang lelaki pula.

"Tak perlu bukti! Awak tengok je sendiri dalam telefon awak tu! Berlambak gambar pompuan tu kan?! Sampai hati abang buat saya macam ni." kata wanita itu. Lelaki itu senyap sebentar sebelum menyambung percakapannya. Sedang dia mahu membalas kata-kata wanita itu, seorang kanak2 masuk kedalam rumah.

"Omma... Appa... Hayi lapar.." kata kanak2 yang menggelarkan dirinya Hayi itu.

"Awak tengoklah anak awak tu! Makan pon dah tak betul! Macam ni ke awak jaga anak?" jerit lelaki itu.

"Bukan salah saya! Awak yang tak reti kerja! Asyik melepak kat warung! Menghabiskan duit!" kata wanita itu.

"Apa?!" jerit lelaki itu lalu mengankat tangannya menampar isterinya itu. Hayi menangis di sudut rumah itu.

"A.. Abang.." kata wanita itu.
"Kalau itulah apa yang abang nak sangat, saya boleh berambus. Saya boleh!" kata wanita itu lalu naik kedalam biliknya dan mengemas baju2nya.

Lelaki itu mendekati anaknya, Hayi dan memeluk anaknya itu.

"Hayi.. Appa minta maaf, tau? Appa janji appa tak jerit lagi depan Hayi. Ok?" janji lelaki itu. Hayi sedikit tenang dan tidak menangis lagi.

"Tapi Hayi... Lepas ni, Hayi dah tak jumpa dengan omma lagi tau?" kata ayahnya.

"Ke.. Kenapa pula, appa?" tanya Hayi. Ayahnya mengusap kepala anaknya.

"Omma nak pergi tempat yang jauh. Sangat jauh. Tapi Hayi jangan risau, Hayi akan ada Omma baru." selesai saja ayahnya berkata-kata. Tiba-tiba bunyi kaca pecah memenuhi ruang.

"A.. Awak.." kata wanita itu. Ayah Hayi terkejut melihat dia dan terus berdiri.
"Awak memang dah rancang nak hidup dengan perempuan tu kan? Baiklah, saya akan pergi. Saya akan pergi!" jerit wanita itu lalu keluar dari rumah. Hayi menangis lagi sekali.

"Hayi.. Jangan menangis.. Dah, jomlah. Appa tolong kemaskan barang Hayi. Kita tinggal kat tempat lain ye?" kata ayahnya lalu mengangkat anaknya itu.



Sekarang...




"Hayi!" jerit Victoria.
"Victoria!!" jerit Hayi kembali lalu memeluk Victoria.
"Hayi, seronok tak cuti semester minggu lepas?" tanya Victoria kepada Hayi sambil mereka berjalan menuju ke kelas.
"Tak pun, duduk rumah je." kata Hayi dan tiba-tiba rupanya menjadi masam.
"Lah, apahal dengan muka kau ni, doh?" tanya Victoria.
"Ahak~ Tak de ape lah. Kau pergi mana?" tanya Hayi.
"Aku pon tak pergi mana2, tapi muka aku taklah semasam kau." Mereka berdua ketawa.